Wednesday, March 7, 2012

Go Cashless !

Assalamualaikum semua, sangat excited untuk cerita apa yang terjadi semalam.
Disebabkan lama dah tak memanjakan diri kan, so semalam lepas balik sangat awal dari office thanks Kak Ira ( akak meja depan tempat aku praktikal ) tumpangkan ke Stesen LRT Kelana Jaya saya berjaya sampai sangat awal di office mama yang terletak di Maluri ( balik dengan mama, makan malam dah tentu tak payah bayar sendiri ) tapi bukan tu yang nak diceritakan di sini ye?

Okey,sambung.

Jusco Taman Maluri sangat dekat di situ, so dah lama tak bershopping kan? Apa lagi daripada tunggu mama lama – lama sangat buat keputusanlah untuk mendapatkan terapi.
Sangat untung I nyah, board diskaun tu dengan bangganya digantung tinggi – tinggi. 50 % - 80 %. Pantang betul mata niy bile nampak macam tue.

Jalan – jalan buang masa sambil tengok benda – benda yang perlu dibeli untuk diri sendiri tanpa sedar yang dalam purse memang takde cash langsung,okey chill. Mana ada hal kan? Time niy lah nak guna Maybank DebitCard untuk pertama kalinya.
Wow,rasa macam sangat hebat dan memang lepas niy takkan ku bawa cash banyak – banyak.
Berbaloi - baloi kau,Thanks Maybank promote Debit Card kepada diri yang sangat jakun untuk menggunakan kad sewaktu nak bayar.

1. Debit Card tue ape benda nya?
Hah, mari nak story – story sikit. Tahu Touch n Go? Hah,fungsi lebih kurang sama cuma u all’s tak perlu lah nak pergi topup untuk tambah nilai kan? Yang untungnya setiap kali anda guna kad anda untuk membuat pembayaran ianya akan ditolak straight from your account. So,kalau takde duit dalam akaun jangan dengan bangganya hulur kad tue,memang tak tertanggunglah malunya nanti.

2. Tiada faedah
Ini bukan kad kredit ye? So,kita memang tak hutang dengan bank pun,bayar dengan duit sendiri faedah ape ke pulak kan?( sangat sesuai bile dekat mesin ATM tue line panjang je macam beratur nak dapat Milo free kat sekolah dulu,okey rindu sekolah ).

3. Tak membahayakan
Khususnya girlfriendzz yang suka sangat bawa handbag talinya sampai ke lantai kan? Bahaya dik bahaya.okey,bawak je Maybank Debit Card niy, dah tentu – tentu tak perlu bawak handbag,kuranglah aktiviti samun menyamun dan ragut niy. Cool kan?



So,nak tunggu apa lagi cepat – cepat buka akaun Maybank dan buat Debit Card terus ( excited sangat ni ).
Thank you for reading, love you guys.

XOXO,

Izyan Zulaikha

2 comments: